TERMA & SYARAT PEMBELIAN

SELAMAT DATANG ke www.kainborong.com. 
Di sini kami menawarkan harga borong dengan min. belian sekurang kurangnya 10 item. Anda boleh campur2 apa juga item yang ada disini. Sama ada anda nak beli kemudian jual atau pakai sendiri, ataupun nak kongsi beli bersama keluarga dan rakan2.... semuanya itu terserah, asalkan SYARAT WAJIB UNTUK HARGA BORONG KENA CUKUP 10 ITEM. Kalau x cukup boleh juga tapi kami akan caj pada harga jual(RETAIL) ye....
Sila luangkan masa seketika dan baca TERMA & SYARAT2 PEMBELIAN berikut:-
♥ Hanya pembeli yang serius sahaja akan dilayan.  Untuk tempahan, sila isi ORDER FORM yang disediakan atau sila rujuk bahagian HUBUNGI KAMI untuk butiran lebih lanjut. 
♥ BG mengamalkan polisi First Come First Serve basis. Jadi siapa cepat, dialah yang dapat.
♥  Warna item yang dipaparkan mungkin sedikit berbeza dengan yang sebenar dan ini adalah disebabkan lighting/flash dari kamera yang digunakan.  Walaubagaimanapun, pihak kami akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan hasil dan warna yang terbaik untuk tatapan anda.
♥ BG akan membalas tempahan anda dengan membuat pengesahan stok dan hantar sebut harga serta butiran untuk pembayaran.
♥ Anda ada masa 3 hari untuk membuat pembayaran penuh atau masukkan duit deposit untuk tempoh lanjutan selama 15 hari bagi jelaskan baki bayaran anda. Jika TIDAK, pesanan anda secara automatik terbatal dan tidak sah digunakan lagi. 
Item tersebut and dibuka untuk jualan kepada sesiapa yang lebih berminat TANPA PERLU memaklumkan kepada anda. 
♥ Jangan lupa maklumkan kami selepas bayaran dibuat dan sila SMS/EMAIL rujukan/slip bayaran anda sebagai bukti pembayaran
EMAIL : balleyrina_gallery@yahoo.com
SMS : 013-202 2939
♥ BG akan membuat pengesahan bayaran anda dan setelah itu kami akan uruskan penghantaran pesanan anda untuk dipos ke destinasi seperti butiran yang diberikan samada melalui POSLAJU, E PARCEL atau CITYLINK mengikut kesesuaian berat barang yang dihantar. 
♥ Semua harga yang dipaparkan TIDAK TERMASUK caj penghantaran. 
Sekian, dimaklumkan.

2 comments:

  1. sis nak tanya. came ngn harga retail tu ?

    ReplyDelete
  2. kalau nak beli dalam 2 pasang bape harga ye ?

    ReplyDelete